Blog

Kes Nur Fitri Azmeer Nordin

By Thursday May 7th, 2015 No Comments

Saya tidak bersetuju dengan cadangan atau komen sesetengah pihak bahawa Kerajaan akan merayu kes Nur Fitri Azmeer Nordin untuk mengurangkan hukumannya, apatah lagi menggunakan dana awam bagi tujuan tersebut. 

Nur Fitri telah dibicarakan mengikut sistem perundangan Britain, diberi peluang untuk mempertahankan diri, dan didapati bersalah. 

Kesalahan yang dilakukan adalah jenayah yang amat berat.

Kita harus menghormati undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah mesti dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 

Bagaimanapun, Nur Fitri mesti diberikan perkhidmatan kaunseling agar dia tidak mengulangi kesalahan, demi kebaikannya dan masyarakat.

Ini perlu dilakukan agar individu tersebut dapat diterima kembali oleh masyarakat.

Leave a Reply