Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan... - Najib Razak

Kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan…

By Wednesday July 8th, 2020 No Comments

Kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan pemilik syarikat terowong mengaku bahawa akauntan gagal seorang itu dah janji projek diberi kepada syarikat terowong SEBELUM proses Request for Proposal (RFP – bukan Open Tender seperti ditipu DAP selama ini) dibuka.

Selain mengaku mereka telah banyak kali membayar rasuah kepada akauntan gagal dan beberapa lagi pemimpin-pemimpin kanan DAP, pemilik syarikat terowong juga mengaku kepentingan 10% projek telah ditawarkan kepada akauntan gagal.

Akhirnya, akauntan gagal umum syarikat itu menang projek terowong RM6.3 bilion pada 1 Mac 2013.

Pada ketika projek itu diberi, syarikat itu adalah sebuah syarikat yang mempunyai defisit.

Syarikat itu juga defisit pada akhir tahun 2014.

Pemegang saham utama syarikat terowong juga merupakan syarikat defisit ketika projek diberi dengan rizab tunai sebanyak RM199,000 dan RM187,000 pada akhir tahun 2012 dan 2013.

Juruaudit bagi kedua-dua syarikat itu (syarikat terowong serta pemegang saham utama syarikat terowong) turut memberi amaran rasmi dalam penyata akaun diaudit bahawa ada kemungkinan kedua-dua itu akan muflis.

Namun kemungkinan syarikat-syarikat itu akan muflis dan sedang berada dalam keadaan defisit/kerugian tidak merupakan halangan bagi akauntan gagal untuk memberi projek RM6.3 bilion kepada mereka.

Akauntan gagal tak pandai baca penyata akaun kot.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157191449120952/

Leave a Reply