News_archive

Kerajaan Sedia Geran RM2 Juta Untuk MGA Bagi Program Pembangunan

By Sunday April 15th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Kerajaan akan menyediakan geran berjumlah RM2 juta kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk program pembangunan di peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di bawah kepimpinan presiden baru MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, adalah diharapkan persatuan itu akan meneruskan usaha meningkatkan standard golf di negara ini.

“Bagi tujuan itu, sumbangan RM2 juta akan disediakan bagi membangunkan pemain peringkat akar umbi dengan memastikan pelan pembangunan sistematik, kejurulatihan dan peluang untuk bermain.

“Dengan itu, diharapkan lebih ramai pemain Malaysia mampu bangkit ke tahap yang lebih tinggi,” kata Najib pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2012 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara di sini.

Kejohanan itu dimenangi oleh bintang Afrika Selatan, Louis Oosthuizen selepas mencatatkan 17 bawah par 271 selepas empat pusingan.

Beliau menerima trofi dan hadiah wang tunai US$416,660 (kira-kira RM1.3 juta) daripada Perdana Menteri.

Sumber : Bernama

Leave a Reply