Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kerajaan PN umum rebat sebanyak RM77 sebulan untuk bulan April, Mei dan Jun... - Najib Razak

Kerajaan PN umum rebat sebanyak RM77 sebulan untuk bulan April, Mei dan Jun…

By Saturday June 20th, 2020 No Comments

Kerajaan PN umum rebat sebanyak RM77 sebulan untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 bagi semua pengguna domestik

4 juta pengguna domestik dengan bil bulanan di bawah RM77 atau tidak melebihi 300kWj akan menikmati bekalan percuma.

3.6 juta pengguna yang menggunakan lebih 300kWj elektrik pula akan mendapat potongan RM77 sebulan dalam bil.

Setiap pengguna mendapat rebat sehingga RM231 iaitu RM77 x 3.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/20/elektrik-percuma-3-bulan-bagi-4-juta-pengguna-dengan-bil-bawah-rm77/

Kos keseluruhan rebat ini sebanyak RM942 juta akan dibiayai oleh tabung Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan TNB.

Seperti yang saya sarankan beberapa kali. Kos ini boleh dibiayai melalui 3 cara:

1. Kos bahan api arang dan gas yang telah menjunam sejak bulan April 2019 lalu memandangkan kerajaan PH dahulu tak pernah turunkan tarif elektrik setelah menaikkannya beberapa kali selepas PRU14.

2. Kerajaan PN juga boleh membantu TNB untuk mengstruktur semula pinjaman mereka sebanyak RM40 bilion untuk mengambil kesempatan kadar faedah yang telah menjunam di seluruh dunia pada masa krisis Covid ini – termasuk memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman yang distruktur semula.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157127757905952

3. Menarik balik atau menurunkan tuntutan cukai penalti sebanyak RM3.98 bilion yang dikenakan oleh Guan Eng ke atas TNB pada bulan November 2019 yang merupakan satu cubaan merompak duit Rakyat dan Tabung-tabung amanah Rakyat seperti PNB, KWSP, TH dan KWAP yang pegang saham TNB pada ketika tarif elektrik tidak diturunkan walaupun kos bahan api telah lama menjunam.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/29/cukai-tambahan-ke-atas-tnb-seperti-rompak-wang-rakyat-dakwa-najib/

Saya juga harap tarif elektrik yang dijadualkan untuk disemak semula pada 1 Julai 2020.akan turun memandangkan kos bahan api dah rendah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157138623080952/

Leave a Reply