Kerajaan PN patut hentikan naratif bahawa Darurat untuk gantung demokrasi…

By Saturday June 19th, 2021 No Comments

Kerajaan PN patut hentikan naratif bahawa Darurat untuk gantung demokrasi dan parlimen telah berjaya sebab:

– Jika berjaya, takdelah Rakyat dikurung sampai 9 bulan pada tahun ini.

– Jika berjaya, tak perlulah PKP 2.0, PKP 3.0, PKP 3.1 dan Total Lockdown berfasa-fasa dibuat bersambung-sambung

– Jika berjaya, mana mungkin Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang buat darurat untuk gantung parlimen dengan alasan nak lawan Covid?

Majoriti negara dalam dunia dah lama buat sekiranya ini adalah langkah yang berjaya dan paling tepat.

– Jika berjaya, tak akan penggunaan katil ICU berbulan-bulan melepasi kapasiti

– Jika berjaya, Malaysia tidak akan jadi juara Covid ASEAN dari segi saiz penduduk dan berkali ganda lebih tinggi berbanding negara-negara jiran.

– Jika berjaya, Majlis Raja-Raja tidak akan perlu membuat persidangan khas berkenaan Darurat dan keadaan Covid negara.

– Jika berjaya, Majlis Raja-Raja tidak secara spesiif titah Darurat tidak perlu disambung dan parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Tak kan Majlis Raja-Raja titah untuk hentikan langkah yang “berjaya” dan memberi manfaat pada Rakyat?

Tapi kalau masih tak puas hati, kerajaan boleh lihat data dan sains setelah Darurat telah dilaksanakan 5 1/2 bulan lamanya.

Data dan sains jelas membuktikan Darurat gagal segagalnya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157962127435952/

Leave a Reply