Kerajaan PN kata ekonomi negara akan rugi RM2.4 bilion sekiranya full…

By Selasa Jun 15th, 2021 No Comments

Kerajaan PN kata ekonomi negara akan rugi RM2.4 bilion sekiranya full lockdown seperti PKP 1.0 dibuat.

Tadi, PM8 dedah bahawa ekonomi sedang hilang RM1 bilion sehari dalam “Total” Lockdown Fasa 1 ini.

Maksudnya RM1.4 bilion sehari masih beria-ria dijana oleh pemilik kilang, syarikat pembinaan dan 120,000 buah syarikat “essential” yang diluluskan MITI.

Jadi, agaknya pihak dan sektor mana pula yang sedang tanggung bahagian besar kerugian RM1 bilion sehari dalam tempoh ini?

Rakyat biasa, peniaga-peniaga kecil dan sektor-sektor yang dah lama tidak dibenar beroperasi seperti sektor pelancongan dan hiburan.

Sebab itu, Total Lockdown perlu adil pada semua.

Bukan menghukum mereka yang paling tidak mampu, paling tidak dapat bertahan dan tidak patut dihukum.

Sekiranya perlu berkorban, kita sama-sama berkorban untuk beri impak maksima bagi memutuskan rantaian Covid secepat mungkin.

Bukan terus dihukum sehingga bulan Disember.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157953252070952/

Leave a Reply