News_archive

Kerajaan Komited Bantu Golongan Miskin Tanpa Kira Kaum : Najib

By Friday April 1st, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri berkata kumpulan sasar ini bukan saja terdiri golongan miskin di luar bandar tetapi juga di bandar.

“Kita bukannya cakap pasal miskin tegar. Kita cakap mengenai mereka yang berpendapatan sekitar RM3,000 atau US$1,000 sebulan,” katanya dalam temubual oleh saluran televisyen Bloomberg yang disiarkan pada Jumaat.

Laporan tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan yang diumumkan minggu lepas menunjukkan 99.8 peratus daripada 44,643 isi rumah miskin tegar tidak lagi berada dalam kategori itu.

Najib juga berkata banyak kelonggaran telah diperkenalkan dalam pelbagai sektor oleh kerajaan berkaitan dasar mengenai Bumiputera.

“Sekarang ini, boleh ada 100 peratus (penguasaan korporat).

Tdak ada lagi syarat penyertaan Bumiputera, umpamanya, dalam sektor pembuatan.

“Pelabur asing boleh mempunyai pegangan ekuiti 100 peratus. Orang tidak lagi membantah sangat mengenai dasar itu pada masa ini,” kata Perdana Menteri.

Sumber : Bernama

Leave a Reply