Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kerajaan Harap Ekonomi Kembali Atas Landasan Pada 2010 - Najib Razak
News_archive

Kerajaan Harap Ekonomi Kembali Atas Landasan Pada 2010

By Wednesday June 10th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berharap ekonomi akan kembali di atas landasan dengan mencatatkan pertumbuhan yang berpatutan pada tahun depan.

Perdana Menteri berkata pakej rangsangan bernilai RM67 bilion yang diumumkan oleh kerajaan akan menyediakan rangsangan penuh bagi ekonomi negara di dalam separuh kedua tahun ini.

Pakej rangsangan itu dijangka memberikan pertumbuhan tambahan 1.0-2.0 peratus bagi negara, katanya semasa bercakap di mesyuarat Perundingan Bajet 2010 di sini, Khamis.

“Suku tahun ketiga tahun ini akan menyaksikan pertumbuhan negatif marginal dan suku tahun keempat akan menyaksikan pertumbuhan positif,” kata Najib. Beliau juga Menteri Kewangan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia bagi tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku tahun keempat tahun lepas berikutan kemerosotan ketara permintaan luaran ekoran kemelesetan serius di ekonomi maju.

Sumber : Bernama

Leave a Reply