Kerajaan DAP amat baik hati dan cekap. Bayar ratusan juta Ringgit wang…

By Saturday January 9th, 2021 No Comments

Kerajaan DAP amat baik hati dan cekap.

Bayar ratusan juta Ringgit wang Rakyat sejak 6 tahun dahulu untuk mendapat beberapa kon trafik.

Pada bulan Oktober 2019, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum bahawa pembinaan sebuah jalan bagi projek terowong RM6.3 bilion akan bermula pada 31 Okt.

Tetapi kerja pembinaan tak pernah bermula walaupun acara pecah tanah dilangsungkan dan ratusan juta Ringgit sudah dibayar kerajaan Pulau Pinang kepada syarikat kroni sejak tahun 2015 untuk kos-kos membuat kajian.

Hanya kon trafik di letakkan di tapak pecah tanah sejak Oktober 2019 sehingga kini.

Projek terowong bernilai RM6.3 bilion yang melibatkan pembinaan 3 jalan raya dan sebuat terowong dasar laut dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik 100% swasta pada tahun 2013.

Jika mengikut jadual projek asal, ketiga-tiga lebuhraya pun dah siap tahun lepas manakala kerja pembinaan terowong sudah bermula dua tahun dahulu.

Namun realitinya ialah setelah 8 tahun projek diberi, tidak ada sebarang kerja pembinaan pernah bermula.

Apa yang berlaku ialah ianya sudah menjadi kebiasaan bagi kerajaan DAP membuat pengumuman yang sama setiap tahun bahawa pembinaan akan bermula tahun itu (tetapi tak mula).

Tahun 2015, mereka mengaku projek sudah lambat tetapi kata pembinaan tentu akan mula tahun 2016.
https://paultan.org/2015/08/14/work-on-three-penang-highways-to-start-in-early-2016/

Tapi belum start. Oleh itu, DAP kata pembinaan tertangguh tetapi janji akan start tahun 2017
https://www.nst.com.my/news/2016/03/131614/penang-mega-project-start-june

Gagal untuk mula pembinaam lagi. Lepas itu, DAP kata gerenti akan start pembinaan pada bulan Jun 2018
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2017/11/13/penang-exco-three-paired-roads-project-to-start-mid-2018/1509093

Itupun dicapati. Oleh itu, pada bulan Julai 2018, mereka kata projek akan mula dibina pada suku kedua tahun 2018.
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/03/works-to-begin-on-paired-road-firm-construction-expected-to-commence-second-quarter-of-next-year

Lalu DAP umum pembinaan akan bermula 31 Okt 2019 (tetapi tak mula juga juga).
“October 11, 2019: Penang Island highway project to start on Oct 31”
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/10/528894/penang-island-highway-project-start-oct-31

Dan paling last ialah hari ini apabila dilaporkan bahawa pembinaan akan bermula 1 Feb 2021.

“9 Jan 2021: Projek jalan kontroversi P Pinang bermula 1 Feb”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/09/projek-jalan-kontroversi-p-pinang-bermula-1-feb/

Kos bagi laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk untuk projek terowong ini adalah sebanyak RM305 juta.

Pada tahun 2015, kerajaan Pulau Pinang sudahpun membayar sebanyak RM220 juta dalam bentuk tanah kerajaan sebagai sebahagian kos RM305 juta laporan.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya telah bermula dan telah lama siap ialah pembinaan projek kondo mewah bernilai berbilion Ringit yang dibina di atas tanah kerajaan yang diberi kepada syarikat terowong sebagai bayaran untuk projek.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157609000735952/

Leave a Reply