Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kerajaan beli Sabah Medical Centre - Najib Razak
News_archive

Kerajaan beli Sabah Medical Centre

By Tuesday May 5th, 2009 No Comments

KOTA KINABALU 5 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembelian bangunan Pusat Perubatan Sabah (SMC) bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH), selepas blok utama hospital itu diisytiharkan tidak lagi selamat digunakan pada tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyalur peruntukan tambahan untuk menambah baik pusat perubatan berkenaan demi keselesaan pesakit.

“Saya minta pembelian ini diuruskan secepat mungkin supaya perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Sabah dapat kita sediakan dengan kaedah yang baik, diselesai dengan cepat dan jangan biarkan terlalu lama.

“Kita luluskan pembelian SMC oleh Kementerian Kesihatan dengan harga yang wajar iaitu lebih kurang RM245 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Merdeka di sini hari ini.

QEH diumumkan sebagai tidak selamat pada November tahun lalu setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan beberapa blok utamanya mengalami kerosakan dan keretakan serius.

Berikutan itu, pemindahan para pesakit QEH dilakukan secara berperingkat ke hospital berdekatan termasuk di Hospital Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau untuk sementara.

Najib berkata, keputusan untuk tidak membina hospital baru bagi menggantikan QEH, sebaliknya membeli SMC adalah bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di ibu negeri.

“Kalau nak hospital baru akan makan masa yang lama, kita nak segera, pencapaian diutamakan jadi kita buat cepat, insya-Allah akan diurus dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar, Najib berkata, kos penambahbaikan SMC tidak akan membabitkan jumlah besar.

“Kos penambahbaikan juga akan disokong oleh pendapatan daripada SMC sendiri,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply