Kerajaan baru sahaja umum PEMULIH. Tetapi semakin banyak perniagaan tutup….

By Thursday July 1st, 2021 No Comments

Kerajaan baru sahaja umum PEMULIH.

Tetapi semakin banyak perniagaan tutup. Semakin ramai hilang kerja.

Dari pakej Prihatin, Penjana, Pemerkasa, Pemulih.

Macam-macam nama ada.

Dikatakan beratus-ratus bilion dan amat berjaya.

Itu Putrajaya kata.

Hakikatnya, semakin banyak jenama besar tutup perniagaan.

Syarikat-syarikat besar terjejas.

Apatah lagi peniaga kecil.

Ramai yang hilang sumber pendapatan.

Ramai yang hilang kerja.

Ramai yang sengsara.

Bukan mudah nak bina perniagaan, nak dapat kerja.

Sampai bila macam ini? Sampai bila?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157984179245952/

Leave a Reply