Kerajaan asyik ratib bahawa negara amat terhutang budi kepada pengorbanan…

By Tuesday March 23rd, 2021 No Comments

Kerajaan asyik ratib bahawa negara amat terhutang budi kepada pengorbanan frontliners dalam perang melawan pandemik Covid.

“Mereka adalah wira sebenar”, kata rata-rata pemimpin sebelum ini.

Tapi dinaikkan pangkat tanpa kenaikan gaji pula.

Tanggungjawab lebih besar, buat lebih kerja tapi gaji tetap sama.

Harap kerajaan memberi sedikit kenaikan gaji agar kenaikan pangkat ini lebih bermakna dan berpadan dengan pengorbanan mereka.


“Kebanyakan 22,000 doktor kontrak yang menerima surat kenaikan pangkat daripada kategori UD41 ke UD43 pada minggu lalu tidak akan dapat kenaikan gaji kerana bayaran semasa mereka lebih tinggi daripada bayaran permulaan dalam skala baharu itu.”

Menurut beberapa doktor, gaji pokok mereka sekarang adalah RM3,622 manakala gaji permulaan bagi gred UD43 adalah RM3,611.

“23 Mac 2021: Naik pangkat tanpa kenaikan gaji bagi kebanyakan doktor kontrak”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/23/naik-pangkat-tanpa-kenaikan-gaji-bagi-kebanyakan-doktor-kontrak/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157781404255952/

Leave a Reply