Blog

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11

By Saturday May 7th, 2016 No Comments

Alhamdulillah, Barisan Nasional terus diberi mandat oleh rakyat Sarawak untuk membentuk kerajaan negeri. Selaku Pengerusi BN, saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi atas kepercayaan ini.

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Adenan Satem, yang telah mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional dengan begitu cemerlang.

sarawak11-1

Kepada calon-calon Barisan Nasional yang telah dipilih oleh rakyat, tahniah saya ucapkan, dan janganlah lupa terhadap janji yang telah diberi, berkhidmatlah untuk rakyat.

Kejayaan cemerlang BN kali ini diiringi dengan perasaan amat sedih sekali berikutan kematian mereka yang terbabit dalam kemalangan helikopter dua hari lepas.

Dato’ Noriah Kasnon, YB Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tuan Asmuni Abdullah, suami kepada YB Dato’ Noriah, Encik Ahmad Sobri, pengawal peribadi YB Timbalan Menteri, dan Kapten Rudolf Rex Ragas, juruterbang helikopter AS 350 merupakan sebahagian daripada mereka yang gigih melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Komitmen, kerja keras dan pengorbanan mereka akan terus dikenang.

Terima kasih juga kepada rakyat dan penduduk Bumi Kenyalang yang telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi untuk kesejahteraan negeri dan negara.

sarawak11-2

Sebagai Apai Besar Malaysia, saya berjanji, bersama-sama Apai Besar Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan juga wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang lain, kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan mandat yang telah anda semua berikan.

Bersama, kami akan pastikan Sarawak terus makmur, membangun dan maju seiring dengan kemajuan negara.

sarawak11-3

Leave a Reply