Blog

Keputusan Pilihan Raya Kecil Rompin

By Wednesday May 6th, 2015 No Comments

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Kecil Rompin yang berlangsung semalam. 

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Rompin kerana terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus membawa pembangunan dan kemajuan di Rompin. Saya yakin Datuk Hasan Arifin mampu meneruskan usaha dan perkhidmatan baik kepada penduduk Rompin sebagaimana yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera Barisan Nasional yang diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang telah memastikan kejayaan ini. Selain itu, terima kasih juga kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob yang turut bersama menggerakkan jentera parti negeri.

Kami akui bahawa peratusan undi kepada Barisan Nasional telah merosot daripada 66.53% kepada 61% walaupun majoriti kekal pada tahap selesa. Kami akan meneliti keputusan PRK Rompin kali ini dan melakukan post-mortem dengan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuhkan lagi pencapaian dan prestasi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. 

Hidup Barisan Nasional!

Leave a Reply