Kepentingan rakyat adalah perkara utama dalam polisi-polisi yang dirancang…

By Wednesday September 10th, 2014 No Comments

Kepentingan rakyat adalah perkara utama dalam polisi-polisi yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan. Pengenalan GST adalah antara polisi yang harus diimplementasi bagi memastikan sistem pencukaian yang lebih telus dan saksama untuk semua. Ianya merupakan “Consumption Tax”, atau Cukai berdasarkan penggunaan, dimana mereka yang mampu untuk membeli dan mengguna lebih sumber akan membayar lebih GST berbanding dengan mereka yang kurang mampu.

Selain itu, saya turut menyeru kepada semua pihak berkaitan untuk memainkan peranan bermula dari sekarang. Daftarlah untuk GST seawal mungkin untuk menerima manfaat kerajaan dalam bentuk latihan dan pelbagai insentif lain. Saya yakin dengan pelaksanaan GST, ekonomi Malaysia akan terus berkembang dengan lebih kukuh atas kepelbagaian sumber hasil negara, selaras dengan usaha kita menuju status negara maju menjelang 2020.

Majlis Penerangan Perdana GST anjuran Kementerian Kewangan dan Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional turut mendapat sambutan baik dengan kehadiran hampir penuh di PWTC. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah mengambil langkah dan inisiatif untuk membentangkan informasi GST kepada khalayak. Haraplah forum seperti ini dapat memberikan pencerahan yang lebih mendalam dan menyeluruh mengenai GST kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang terbabit Langsung dengan cukai ini.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10152271162095952/?type=3

Leave a Reply