Audio

Kepentingan Menghormati Prinsip Rukun Negara

By Friday September 12th, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/167341652″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengingatkan kepentingan menghormati serta menghayati Prinsip-prinsip Rukun Negara serta menegaskan kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Kita semua mengidamkan negara yang harmoni dan bersatu-padu. Namun, matlamat ini hanya akan dicapai dengan usaha daripada seluruh rakyat Malaysia.
Pada tahun 1970, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara bagi menyematkan semangat perpaduan di hati rakyat Malaysia.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum.
Hari ini kita diuji sekali lagi apabila terdapat golongan yang cuba mencabar prinsip-prinsip Rukun Negara sama ada di laman sosial atau di luar.
Saya ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja tidak menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perlembagaan persekutuan menjamin hak kebebasan bersuara tetapi ini tidak bermakna kita boleh menyalahgunakan hak ini.
Sebaliknya, marilah kita bersama-sama menghayati dan menjiwai prinsip-prinsip yang dibawa di bawah Rukun Negara dalam membentuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu-padu.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply