News_archive

Kepelbagaian Budaya Tidak Halang Rakyat Rasa Nikmat Hidup

By Tuesday December 7th, 2010 No Comments

PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kepelbagaian budaya, keturunan, agama dan adat resam tidak menjadi penghalang bagi setiap rakyat untuk merasai nikmat kehidupan dalam sebuah negara tanpa rasa wujud perbezaan besar yang boleh mencetuskan konflik.

Perdana Menteri berkata malah, mereka menjadi sumber kekuatan yang menjadi kebanggaAn negara yang seterusnya mencorakkan masyarakat agar hidup dalam muafakat dan harmoni.

Katanya ini adalah maksud yang dibawa oleh tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah.

“Kekuatan inilah yang akan memacu ke arah pembentukan 1Ummah yang bergerak seiring, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di samping hidup saling bantu membantu antara satu sama lain.

“Semoga umat Islam akan menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai panduan untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah, ” katanya dalam perutusan pada buku cenderamata majlis perhimpunan sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1432H/2010M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa.

Sumber : Bernama

Leave a Reply