Kepada pemerintah: Jelas kelihatan bahawa kebanyakan Rakyat masih kurang…

By Tuesday November 17th, 2020 No Comments

Kepada pemerintah:

Jelas kelihatan bahawa kebanyakan Rakyat masih kurang puas hati dengan skim pengeluaran bersyarat akaun 1 KWSP i-Sinar yang diumumkan semalam.

Rakyat yang tertekan akibat Covid mahu pengeluaran lump-sum secara terhad dari akaun 1 KWSP mereka tanpa apa-apa syarat dan tanpa mengambil kira mereka kehilangan kerja, pendapatan telah berkurang walaupun tidak kehilangan kerja ataupun suri rumah yang sudah berhenti bekerja tetapi mahu mengeluarkan duit untuk membantu rumah tangga menghadapi krisis Covid.

Pencarum KWSP mahu tentukan sendiri jika mereka perlu mengeluarkan duit dari akaun 1 KWSP atau tidak tanpa apa-apa syarat sebab mereka berpendapat bahawa ianya duit mereka dan biarkan mereka tentukan sendiri.

Selain menyelesaikan pelbagai kekangan kewangan sementara yang menghantui mereka setiap hari pada masa krisis ini, mereka juga percaya duit yang mereka keluarkan mampu merancakkan ekonomi tempatan apabila dibelanjakan atau dibayar.

Ramai yang sudah marah sebab pelbagai alasan serta syarat tetap dikenakan oleh KWSP.

Betul atau tidak?

Mohon KWSP dan kerajaan pertimbangkan kehendak dan keperluan Rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157496559770952/

Leave a Reply