Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kenyataan Media Kabinet telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di... - Najib Razak

Kenyataan Media Kabinet telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di…

By Wednesday February 4th, 2015 No Comments

Kenyataan Media

Kabinet telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di media sosial yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, Dato’ Sri ismail Sabri Yaakob sebenarnya bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan disel telah turun.

Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatut dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.

Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggung jawab dan bertimbang rasa dalarn menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan disei agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152566140340952/

Leave a Reply