Press Statement

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Mengenai Isu Harga Barangan

By Wednesday February 4th, 2015 No Comments

Kabinet telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di media sosial yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, Dato’ Sri ismail Sabri Yaakob sebenarnya bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel telah turun.

Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatut dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.

Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggung jawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

Leave a Reply