BlogPress Statement

Kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

By Thursday July 21st, 2016 No Comments

Saya memandang berat kenyataan yang dibuat oleh Department of Justice, United States yang telah disiarkan pada malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil, dan bukan tindakan jenayah.

Dan ia terhad kepada nama-nama yang telah pun disebutkan dalam laporan tersebut. Oleh itu, dari segi kerajaan, kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya kepada semua pihak siasatan peringkat antarabangsa.

Pendirian kita selama ini jelas iaitu kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggar undang-undang. Oleh itu, proses perlulah dihormati, maknanya seseorang itu ada peluang untuk membela diri sendiri atau pun menggunakan proses kehakiman di mahkamah dan kita tidak sewajarnya membuat apa-apa kesimpulan selagi proses itu belum selesai.

Kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada mana-mana pihak yang menyalah anggap bahawa kerajaan tidak mengurus tadbir dengan baik. Kerajaan mahu prinsip good governance dan urus tadbir yang baik menjadi sesuatu yang akan sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia.

Leave a Reply