Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
KENYATAAN AKHBAR - Najib Razak
News_archive

KENYATAAN AKHBAR

By Thursday September 25th, 2008 No Comments

Kenyataan Akhbar

Adalah dimaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak tidak akan mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dari 25 September hingga 1 Oktober 2008 seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Pembatalan lawatan kerja ini telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri.

Ini ekoran keadaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang menuntut perhatian Timbalan Perdana Menteri untuk menjamin keadaan ekonomi negara terus kukuh.

Tambahan pula, beliau baru dilantik sebagai Menteri Kewangan berkuatkuasa pada 17 September lalu. Perlantikan ini menyebabkan beliau memerlukan masa untuk mendapatkan segala taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi negara dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Ekoran pembatalan tersebut, Menteri Luar YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim akan mewakili negara di Sesi ke-63 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaku Ketua Delegasi Malaysia.

Seterusnya beliau akan menyampaikan ucaptama pada 27 September 2008 yang sebelum ini Timbalan Perdana Menteri di jadualkan untuk berbuat demikian. Antara lain, ucapan tersebut akan menyentuh mengenai pendirian Malaysia dalam beberapa isu khususnya yang menjurus kepada kedaulatan negara, krisis makanan dan masalah lanun.

Sekian.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Putrajaya,
24 September 2008.

Leave a Reply