Press Statement

Kenyataan Akhbar Berhubung Isu Bantahan Lambang Salib

By Tuesday April 21st, 2015 No Comments

Kabinet hari ini telah membincangkan bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya.

Ia berpendapat bahawa mereka sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Di Taman Medan ini, Kerajaan Negeri Selangor berkuasa ke atas status rumah kedai ini sama ada ia telah berdaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi.

Rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat menghormati antara kaum yang berbeza agama.

Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan di Taman Medan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang negara tindakan boleh ambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.

Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ianya melindungi semua agama dan kaum.

Leave a Reply