Press Statement

Kenyataan Akhbar Bayaran Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam

By Wednesday July 2nd, 2014 No Comments

BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN UNTUK PENJAWAT AWAM

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai 2014.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Kerajaan berharap dengan bayaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Lebaran.

DATO’ SRI MOHD NAJIB

PERDANA MENTERI

2 JULAI 2014

Leave a Reply