KENAPA PEMUDA UMNO PILIH PERJUANGKAN ISU KWSP BAGI PIHAK RAKYAT? Ada juga…

By Monday December 7th, 2020 No Comments

KENAPA PEMUDA UMNO PILIH PERJUANGKAN ISU KWSP BAGI PIHAK RAKYAT?

Ada juga suara sinis yang menuduh saya dan Pemuda UMNO sengaja bangkitkan isu i-Sinar KWSP untuk raih populariti. Bahkan ada juga yang dakwa untuk jatuhkan kerajaan.

Saya hanya boleh katakan kepada mereka, cubalah ambil masa baca semua komen-komen rakyat di ruang-ruang media sosial termasuk status-status di FB Page saya ini. Ini tidak termasuk ribuan mesej yang kami di Sekretariat Pemantau Isu KWSP-PEMUDA UMNO terima melalui dua talian hotline yang disediakan.

Hakikatnya rakyat di bawah bukan sahaja di kalangan B40 tetapi juga M40 bahkan yang dahulunya berada dalam kategori T20 susah, gelisah bahkan cemas memikirkan soal-soal kelangsungan hidup mereka yang terjejas. Ini termasuk lebih 800,000 yang sudah hilang pekerjaan sejak Covid-19 melanda.

Sebab itulah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten dari awal mengangkat isu ini sebagai salah satu daripada perkara rakyat yang cemas dan tertekan mahukan.

Pelbagai usaha telah kami lakukan termasuklah bersemuka dan menghantar Memorandum kepada YB Menteri Kewangan, YB Menteri Ekonomi selain daripada cuba mendapatkan temujanji bersama CEO KWSP sendiri (walaupun dua kali dibatalkan temujanji), membawa pandangan rakyat ini kepada Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi BN dan Ahli-Ahli Parlimen BN untuk diperjuangkan dalam Parlimen. Ini tidak termasuk melalui semua saluran Media, arus perdana, televisyen dan juga media sosial.

InsyaAllah, kami Pemuda UMNO akan terus istiqomah memperjuangkan isu ini bagi pihak rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan. Akhirnya yang penting rakyat yang mendapat manfaatnya.

“Permudahkan Urusan Orang, nescaya Allah akan Mempermudahkan Urusan Kita” (Hadis)

#PemudaJurubicaraRakyat
#PemudaPendesakUntukRakyat
#TradisiMembelaRakyat

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

7 Disember 2020



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157538788895952/

Leave a Reply