Kenapa keadaan hospital ketika ini sangat teruk sehingga ratusan pesakit…

By Saturday July 3rd, 2021 No Comments

Kenapa keadaan hospital ketika ini sangat teruk sehingga ratusan pesakit perlu tunggu satu katil wad kecemasan?

1. Kerajaan tak hirau amaran awal bulan April dari Menteri-menteri sendiri.

2. Kerajaan tak hirau amaran kadar kebolehjangkitan semakin meningkat dari KKM yang terpaksa naikkan ramalan kes Covid TIGA kali dalam masa sebulan dari 3k ke 5k ke 9k ke 13k sebelum kerajaan melaksanakan PKP 3.0 dan “Total” Lockdown.

3. Kerajaan tunggu sebulan sebelum melaksanakan PKP 3.0 pada 12 Mei. Namun PKP 3.0 lebih longgar dari PKP 2.0 yang sudah setengah masak sebab SEMUA sektor ekonomi dibenarkan terus beroperasi.

4. Kerajaan tunggu penggunaan kapasiti ICU melebihi 100% pada 25 Mei sebelum mengumumkan “Total” Lockdown.

(Mana ada negara yang tunggu sehingga kapasiti rawatan bagi pesakit tercecah sehingga 104% baru mahu bertindak? Paling lewat perlu dibuat apabila penggunaan kapasiti cecah 80% sekiranya menghargai nyawa Rakyat)

5. Apabila kes sangat teruk, PM8 menipu Rakyat bahawa kerajaan akan tegas untuk melaksanakan Penutupan Penuh atau “Total” Lockdown.

6. Seminggu kemudian, Menteri PN mengaku bahawa “Total” Lockdown diumum PM8 sebenarnya bukanlah Total Lockdown.

Sebab itu, hampir dua bulan selepas PKP 3.0 dilaksana dan lebih satu bulan sejak “Total” Lockdown, keadaan Covid Malaysia tetap teruk dan keadaan hospital semakin kritikal.

Masa lebih 3 bulan dari April hingga ke Ogos ini disia-siakan sehingga ribuan nyawa terkorban akibat kelembapan dan kedegilan kerajaan PN sejak amaran awal bulan April lalu.

Langkah kerajaan yang melibatkan nyawa Rakyat dan seluruh ekonomi negara perlu diambil awal dan dibuat secara betul-betul dan tegas untuk masa paling singkat.

Bukan tunggu sehingga berlakunya bencana baru mahu bertindak. Bertindak secara separuh masak pula walaupun dah bencana.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157987579045952/

Leave a Reply