News_archive

Kenaikan Kadar Tarif Elektrik Ambil Kira Beban Pengguna – Najib

By Thursday December 9th, 2010 No Comments

PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

“Tidak boleh…kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta…tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Khamis.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini. Bagaimanapun kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Peter Chin berkata kerajaan, pada prinsipnya, bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.

Sumber : Bernama

Leave a Reply