Kementerian kewangan kerajaan PH dahulu membayar RM2 bilion kepada syarikat…

By Wednesday February 24th, 2021 No Comments

Kementerian kewangan kerajaan PH dahulu membayar RM2 bilion kepada syarikat insurans Singapura untuk melaksanakan skim ini selama 5 tahun bermula tahun 2019- iaitu RM400 juta setiap tahun.

Selain kos RM400 setahun, kerajaan PH dahulu pernah mengesahkan bahawa syarikat insurans tersebut juga diberi akses kepada database untuk memasarkan produk mereka kepada semua orang dalam golongan B40 dan M40 di Malaysia.

Malangnya bagi tahun pertama skim MySalam, kerajaan PH bayar RM400 juta tapi Rakyat dapat balik RM13.7 juta sahaja.

Tahun kedua kedua pula, jumlah pampasan dibayar MySalam untuk tuntutan berkaitan COVID-19 cuma RM35 juta – jauh dibawah nilai RM400 juta setahun.

“10 Feb 2021: RM35 juta tuntutan COVID-19 MySalam diluluskan”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/784939/rm35-juta-tuntutan-covid-19-mysalam-diluluskan

Memandangkan kontrak 5 tahun sudah dipersetujui kerajaan masa dahulu, saya percaya kerajaan PN perlu berunding dengan syarikat insurans Singapura tersebut untuk melancarkan skim pampasan (indemnity) bagi penerima vaksin Covid di bawah MySalam supaya bilangan kecil yang mengalami alahan yang serius juga dilindung.

Jumlah penerima yang mengalami alahan dijangka amat kecil tetapi perlindungan khusus yang diberi bawah skim ini mampu memberi sedikit sebanyak kelegaan kepada mereka yang masih bimbang untuk menerima vaksin Covid.

Wang sudah dibayar, kenapa tak memanfaat sepenuhnya MySalam?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157723251530952/

Leave a Reply