News_archive

Kemajuan Dalam Amalan Kemampanan Akan Wujudkan Permintaan Untuk Dana SRI Dalam Negara

By Tuesday November 23rd, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kemajuan berterusan dalam amalan kemampanan perniagaan di Malaysia akan ditrjemahkan dalam bentuk permintaan yang lebih besar untuk dana Pelaburan Tanggungjawan Sosial (SRI) dalam negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara amalan kemampanan syarikat dan prestasi harga saham.

Beliau berkata banyak indeks tanggungjawan antarabangsa sudah muncul, seperti Dow Jones Sustainability Index dan FTSE4Good, selain penarafan lain seprti Fortune Most Admired Companies.

“Indeks ini memprofilkan syarikat-syarikat tanggungjawab sosial utama dunia dan menarik dana-dana SRI global,” katanya dalam ucaptama pada Panduan Kemampanan dan Portal “memperkasakan kemampanan perniagaan,” pada hari Selasa.

Turut hadir ialah Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Pengerusi Bursa Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah , Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Yusli Mohamed Yusuf.

Sehingga akhir tahun lepas, nilai pasaran SRI Eropah dianggarkan US$7 trilion dan angka ini dijangka meningkat kepada US$26.5 trilion menjelang 2015.

Pelabur tertarik terhadap syarikat yang menyepadukan kebimbangan alam sekitar dan masyarakat dalam perancangan strategik mereka, dan menjalankan perniagaan secara beretika dan bertanggungjawab.

Pelabur institusi besar juga aktif mempengaruhi syarikat supaya memberi tumpuan terhadap kemampanan.

“Saya yakin dalam tempoh tertentu, perkembangan global ini akan diterjemahkan kepada permintaan yang lebih baik untuk dana SRI dalam Malaysia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau memuji Bursa Malaysia kerana menganjurkan program kemampanan perniagaan itu dan yakin ia akan berupaya membuat perubahan.

Najib berkata pembangunan mampan akan mempunyai impak kukuh ke atas pertumbuhan ekonomi negara, inovasi industri dan hsil perniagaan individu.

Beliau berkata meskipun Malaysia sudah lama memulakan perjalanan kemampanan ini, sudah sampai masanya untuk korporat Malaysia membantu negara untuk bergerak dengan lebih pantasi dengan mengguna pakai pendekatan bersepadu dan terangkum terhadap perniagaan yang menyatukan kumpulan pemegang kepentingan secara lebih meluas berbanding hanya pemegang saham.

Sumber : Bernama

Leave a Reply