Kelainan upaya bukanlah satu pilihan. Kepentingan rakyat sentiasa yang…

By Friday August 15th, 2014 No Comments

Kelainan upaya bukanlah satu pilihan.

Kepentingan rakyat sentiasa yang paling utama untuk Kerajaan. Kemalangan yang menimpa N. Wisam Ujang menyebabkan beliau kehilangan penglihatan juga punca pencarian.

Namun begitu, Wisam bertekad untuk meneruskan hidup dan berjaya memperoleh sijil dalam urutan dan refleksologi daripada Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Di bawah Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Wisam menerima geran berjumlah RM 2,700 bagi membantu beliau memulakan perniagaan. Selain itu, melalui program sama, 2 set sauna bernilai RM 3,100 turut disediakan.

Inisiatif sebegini adalah hasil dari Kerajaan mengambilkira maklumbalas awam. Kerajaan amat menghargai usaha berterusan anda semua untuk membantu pembentukan #Bajet2015. Sertai rakyat Malaysia lain dengan mengundi atau menghantar cadangan anda di http://bit.ly/Bajet2015 – Admin



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10152218961320952/?type=3

Leave a Reply