Kekanda tak puas hati UMNO desak dan hentikan penjualan ladang Tabung Haji…

By Wednesday December 9th, 2020 No Comments

Kekanda tak puas hati UMNO desak dan hentikan penjualan ladang Tabung Haji di Sarawak kepada syarikat Tamaco.

1. Dia salahkan kerajaan BN dahulu masa saya PM sebab terlalu agresif menambah jumlah keluasan ladang TH Plantations dari 15,000 hektar ke lebih 100,000 hektar.

Apa salah kerajaan BN naikkan jumlah harta dipegang umat Islam Malaysia dengan agresif?

2. Sebeb itu, dia kata TH Plantations perlu jual balik ladang yang dia kata kurang prestasi. Hampir 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik TH diumumkan akan dijual PH.

3. Tapi ladang Sarawak yang dijual itu adalah ladang muda yang sudah mencatat keuntungan sebelum PH mengambil alih dan jumlah pengeluarannya semakin meningkat.

4. Ladang itu juga mencatat keuntungan semula sejak tahun ini apabila harga sawit mencanak naik. Malah, TH Plantations sudah kembali beruntung sejak setengah tahun yang lalu selepas harga sawit naik kembali.

5. Yang PH buat pula ialah tukar jurunilai untuk turunkan harga ladang Sarawak itu dari RM360 juta ke RM120 juta lalu dijual pada harga RM170 juta pada ketika harga sawit rendah.

6. Jika ladang itu tidak untung dan tidak berpotensi, saya pelik siapa pulak nak bayar RM170 juta untuk beli?

7. Kekanda juga tak perlu gunakan penjualan dua ladang pada tahun 2015 sebagai perbandingan. TH Plantations catat keuntungan dalam penjualan tersebut.

Tidak sama dengan penjualan ladang Sarawak bawah PH di mana nilai buku ladang diturunkan 67% sebelum dijual, nilai buku ladang yang dijual masa BN pada tahun 2015 itu tidak prnah diturunkan.

Kita jual, kita untung sebab harga penjualan lebih tinggi berbanding kos pembelian.

PH jual, PH rugi sebab harga penjualan jauh lebih rendah berbanding kos.

Yang kamu jual ladang-ladang pada masa harga sawit amat rendah dah kenapa?

Kini harga sawit sudah naik satu kali ganda. Kenapa nak teruskan untuk jual?

Ketika kita bongkarkan penjualan besar-besaran landang milik TH Plantations, Kekanda bukan jawab bahawa kamu kurang ambil tahu pengurusan syarikat TH Plantations?

Jadi, kenapa pula Kekanda amat terasa sebab penjualan ladang Sarawak dihentikan semalam?

Link Kekanda: https://www.facebook.com/420621651310007/posts/3582448098460664/?d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157542756770952/

Leave a Reply