Kejayaan Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura memang bergantung…

By Monday February 22nd, 2021 No Comments

Kejayaan Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura memang bergantung kepada kepantasan pelepasan kastam dan imigresen.

Sebab itu, pengumuman kerajaan minggu lepas bahawa penumpang RTS yang tempoh perjalanannya hanya 5 minit masih perlukan masa 10-15 minit lagi untuk proses pelepasan kastam dan imigresen agak mengecewakan.

Semasa kerajaan BN dahulu rancang RTS dan HSR (yang sudah dibatalkan kerajaan PN), kita juga pernah bersetuju dengan negara Singapura untuk memudahkan proses kastam dan imigresen agar proses pelepasan bagi kedua negara disepadukan.

Kini sistem pengecaman wajah (facial recognition) semakin canggih.

Sistem Face ID Apple untuk iPhone juga telah mencapai kadar ketepatan setinggi 99.9999% iaitu kadar satu kesilapan bagi setiap sejuta wajah dicam.

Bila digandingkan dengan kad sentuhan imigresen khusus bagi pelawat kerap, risikonya adalah teramat rendah.

Sebenarnya kita tidak perlu tunggu sehingga RTS mula beroperasi untuk memulakan sistem ini sebab teknologi sudah ada.

Cuma perlu bincang dengan negara Singapura untuk wujudkan sistem baru tersebut secepat mungkin dan digunakan di checkpoint kastam dan imigresen sedia ada.

Ratusan ribu Rakyat akan berterima kasih setiap hari pada kerajaan apabila sempadan negara dibuka semula selepas pandemik Covid berakhir.

Paling tidak, kerajaan Singapura dan Malaysia boleh mula mendaftar pemegang kad imigresen dan wajah pemilik dalam tempoh 6 bulan sebelum RTS mula beroperasi agar kejayaan RTS terjamin.

Jika nak lagi pantas, kad sentuhan itu juga boleh digunakan sebagai kad tiket RTS supaya kastam dan imigresen dilepas semasa menaik keretapi.

Seperti diumum kerajaan PN, projek RTS yang dirunding, dipersetujui dan dilancarkan saya akan merancakkan pembangunan di Johor tetapi ianya telah terlambat.

RTS sepatutnya beroperasi pada awal tahun 2024 tetapi ditangguhkan rejim gagalkrasi PH ke akhir tahun 2026.

Jadi, kita perlu pastikan kejayaan projek ini apabila RTS mula beroperasi dengan memudahkan proses kastam dan imigresen bagi pengguna.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157719019190952/

Leave a Reply