News_archive

Kedai Rakyat 1Malaysia untungkan rakyat

By Sunday August 21st, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia menguntungkan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang dijual jauh lebih rendah dari kedai biasa malah ada yang dijual bawah dari harga siling.

Sebagai contoh, harga susu tepung dijual pada harga RM9.99 berbanding RM15.50 di kedai biasa yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat berjimat sebanyak RM5.51 atau 33.5 peratus.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras sebentar tadi.
Kedai itu adalah yang kedua diwujudkan selepas Kelana Jaya dengan menjual 250 jenis barang yang dijenamakan semula.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply