News_archive

Kedai Rakyat 1Malaysia Dan Menu Rakyat 1Malaysia Akan Diperluaskan Ke Seluruh Universiti

By Thursday December 22nd, 2011 No Comments

PETALING JAYA. 22 Dis (Bernama) — Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) akan diperluaskan ke seluruh universiti di Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setakat ini, katanya terdapat 187 kedai di seluruh negara yang menjual produk KR1M dan Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang menjual produk KR1M.

KR1M adalah idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban sara hidup rakyat dengan mewujudkan satu konsep pasar mini yang menjual barangan keperluan asas pada harga rendah tetapi berkualiti.

Ismail berkata Universiti Malaya juga merupakan universiti pertama yang menjual Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M).

MR1M, menurut Ismail, adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memperkenalkan menu sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga paling minimum tetapi berkualiti dan berkhasiat dengan kerjasama pengusaha premis makanan seluruh negara.

Pengusaha retoran, katanya tidak boleh menggunakan nama “Restoran Rakyat 1Malaysia” tetapi hanya boleh menggunakan “Menu Rakyat 1Malaysia” untuk tujuan promosi.

“Pada tahun depan, akan ada 17 lagi universiti yang menjual MR1M,” kata Ismail ketika lawatan Najib ke KR1M dan restoran MR1M di Universiti Malaya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply