Kecewa bahawa pada hari ke-48 sejak PKP 3.0 bermula: – sebanyak 22 kluster…

By Monday June 28th, 2021 No Comments

Kecewa bahawa pada hari ke-48 sejak PKP 3.0 bermula:
– sebanyak 22 kluster baharu (16 tempat kerja) masih tercetus.
– Kes baharu masih tinggi pada 5,218 – iaitu lebih tinggi berbanding 3,807 kes baharu ketika PKP 3.0 diumum pada 10 Mei.
– Kes aktif masih naik hari ini sebab kes baharu melebihi jumlah pulih
– Jumlah kematian kumulatif cecah 5,000 nyawa hari ini
– kadar kebolehjangkitan semakin meningkat dan kini pada kadar 0.99 iaitu sudah menghampiri kadar neutral 1.00
– manakala kadar positif semakin naik. Kadar hari ini pada 8.55% adalah paling tinggi sejak Total Lockdown bermula pada 1 Jun.

Jika keadaan ini berteruskan, maka Total Lockdown akan terus dilanjut dan kita tidak dapat beralih ke Fasa seterusnya.

Dan jika sering dilanjut maka segala bantuan kerajaan yang diberi masa ini akan disia-siakan sekali lagi selagi ramai dilarang bekerja atau berniaga untuk jangka masa panjang.

Pada pendapat saya, ianya akan sampai ke satu tahap yang tidak dapat diterima lagi di mana kebanyakan Rakyat akan sukar bertahan lagi dari segi kewangan dan mental sekiranya tempoh berkurung cecah 2 bulan lamanya – sedangkan tempoh PKP 1.0 cuma 45 hari.

Pada masa itu, kerajaan mungkin terpaksa memberi kelonggaran terutamanya untuk negeri dengan jumlah kes rendah di bawah 100 kes.

Sebagai persediaan untuk hari itu, kapasiti ICU, pusat penilaian kesihatan dan pusat kuarantin perlu ditingkatkan jika kelonggaran yang bakal diberi menaikkan semula kes baharu.

Kerajaan juga perlu serta-merta wajibkan syarat untuk selesai diberi dua dos vaksin bagi sesiapa yang minta kebenaran rentas negeri atau daerah untuk sebarang tujuan termasuk penghantaran barang dan makanan, pegawai kerajaan dan pegawai keselamatan supaya negeri yang semakin pulih akan terlindung dari jangkitan luar.

—-
KADAR POSITIF

28 Jun: 61,025 saringan, 5,218 kes (8.55%) – Hari ini
27 Jun: 66,969 saringan, 5,586 kes (8.34%)
26 Jun: 75,753 saringan, 5,803 kes (7.66%)
25 Jun: 74,148 saringan, 5,812 kes (7.84%)
24 Jun: 74,542 saringan, 5,841 kes (7.84%)
23 Jun: 76,636 saringan, 5,244 kes (6.84%)
22 Jun: 69,064 saringan, 4,743 kes (6.87%)
21 Jun: 58,384 saringan, 4,611 kes (7.90%)
20 Jun: 77,651 saringan, 5,293 kes (6.82%)
19 Jun: 83,713 saringan, 5,911 kes (7.06%)
18 Jun: 82,969 saringan, 6,440 kes (7.76%)
17 Jun: 82,369 saringan, 5,738 kes (6.97%)
16 Jun: 84,866 saringan, 5,150 kes (6.07%)
15 Jun: 77,065 saringan, 5,419 kes (7.03%)
14 Jun: 70,044 saringan, 4,949 kes (7.07%)
13 Jun: 80,130 saringan, 5,304 kes (6.62%)
12 Jun: 90,238 saringan, 5,793 kes (6.42%)
11 Jun: 99,974 saringan, 6,849 kes (6.85%)
10 Jun: 100,059 saringan, 5,671 kes (5.67%)
9 Jun: 90,887 saringan, 6,239 kes (6.86%)
8 Jun: 77,030 saringan, 5,566 kes (7.23%)
7 Jun: 81,708 saringan, 5,271 kes (6.45%)
6 Jun: 89,998 saringan, 6,241 kes (6.93%)
5 Jun: 103,862 saringan, 7,452 kes (8.28%)
4 Jun: 105,293 saringan, 7,748 kes (7.46%)
3 Jun: 104,109 saringan, 8,209 kes (7.89%)
2 Jun: 100,288 saringan, 7,703 kes (7.68%)
1 Jun: 100,885 saringan, 7,105 kes (7.04%)



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157979986975952/

Leave a Reply