BlogFeatured Articles

Kebajikan Pesara Kerajaan

By Tuesday June 13th, 2017 No Comments

Malam tadi saya berbuka puasa bersama para pesara kerajaan, ada juga yang pernah berkhidmat bersama saya ketika saya mula jadi ahli politik dan berperanan dalam Kerajaan. Alhamdulillah saya dapat bertegur sapa dengan semua serta lihat semua sihat dan ceria.

Saya juga telah berkongsi dengan mereka penambahbaikan yang telah kerajaan lakukan kepada Skim Faedah Persaraan bagi penjawat awam sejak tahun 2009.

Antaranya, pemberian pencen kepada pegawai lantikan selepas 12 April 1991 yang bersara pilihan diawalkan daripada tarikh mencapai umur persaraan wajib kepada tarikh mencapai umur 55 tahun.

Selain itu, pembayaran pencen terbitan juga dipanjangkan daripada tempoh 12 tahun setengah kepada 20 tahun daripada tarikh persaraan, kepada balu atau duda yang dikahwini dalam persaraan.

Kenaikan kadar pencen sebanyak dua peratus turut diberikan pada setiap tahun mulai 2013 selain kenaikan gaji tahunan bagi pegawai yang bersara wajib pada tarikh sehari sebelum persaraannya bagi pegawai yang belum menerima pergerakan gaji bagi tahun tersebut.

Saya percaya ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan pesara-pesara kerajaan yang telah berbakti kepada negara.

Leave a Reply