Keadaan hari ini sudah jadi soal hidup mati bagi ramai dan juga bagi masa…

By Monday July 5th, 2021 No Comments

Keadaan hari ini sudah jadi soal hidup mati bagi ramai dan juga bagi masa depan negara.

“Life and death situation”.

1) Keadaan Covid kita paling corot di ASEAN dengan kadar kematian baharu per kapita antara paling tinggi dalam dunia.

Kita hampir sampai 800 ribu kes terkumpul. Jumlah kematian juga telah cecah 5,500 hari ini berbanding 500 kematian pada ketika Darurat bermula.

Pada hari ke-55 PKP 3.0 ini, kita masih catat 6,400 kes baharu dengan kadar kebolehjangkitan melebihi paras neutral 1.00 dan kadar positif yang hampir 10%.

2) Sehingga hari ini, ramai Rakyat sudah berkurung tanpa pendapataan selama 55 hari sejak PKP 3.0 bermula. Jika mengikut jadual bagi fasa 3 Pelan Pemulihan negara untuk pembukaan semula pada bulan September atau Oktober, Rakyat akan perlu kurung selama 5 bulan. Mana mungkin mereka yang terjejas mampu bertahan dari segi kewangan dan mental?

Akibatnya, ramai yang mula angkat bendera putih. Ada yang membunuh diri.

3) Negara kita di kedudukan paling corot antara 50 buah negara eknomi utama dalam indeks “kemampuan untuk kembali normal” dipantau majalah terkenal “Economist” di bawah Myanmar dan di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama dalam “indeks pengendalian Covid” yang dipantau Bloomberg di mana kita hanya dikalahkan oleh Filipina dan Argentina.

4) Pasaran saham Malaysia masih lebih rendah berbanding setahun dahulu dan setakat semalam kita merupakan pasaran ke-5 paling corot dalam dunia – hanya dikalahkan oleh Venezuela, Colombia, Peru dan Turki.

Pada ketika hampir semua ekonomi negara dalam dunia sedang memulih atau melonjak naik, negara kita melangkah ke belakang pula.

Bank Dunia dan segala agensi penarafan kredit sudah menurunkan unjuran ekonomi negara ke paras di bawah purata dunia.

Kerajaan PN sendiri juga mengaku bajet 2021 sudah pecah dan unjuran pertumbuhan ekonomi sendiri juga tidak kesampaian buat dua tahun berturut.

5) Melainkan PKP 1.0, hampir semua usaha kerajaan untuk membendung Covid sudah menemui kegagalan bersambung kegagalan.

Titah YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah jelas mengatakan bahawa ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara perlu dibahas dalam parlimen.

Sebab itu, rancangan kerajaan PN untuk Dewan Rakyat bersidang hanya 5 hari sahaja selepas berehat 8 bulan tanpa memberi ruang untuk membincang bantuan Rakyat, Pelan Pemulihan dan ordinan-ordinan Darurat tidak menepati Titah dan tidak menepati matlamat atau menyelesaikan masalah-masalah paling utama negara hari ini.

Bantuan Rakyat perlu dibahas dan diperbaiki.

Pelan Pemulihan Negara perlu diubahsuai untuk melawan Covid dengan lebih berkesan agar Rakyat boleh bebas dan bernafas semula secepat mungkin.

Ordinan-ordinan Darurat perlu dibahas dan diluluskan supaya tidak melanggar perlembagaan negara serta titah DiRaja.

Sebab itu, saya rayu kerajaan PN untuk jangan lagi mempersendakan Titah Raja-Raja Pemerintah, jangan mempermainkan demokrasi serta ahli-ahli parlimen, jangan mengetepikan kelangsungan hidup Rakyat dan jangan pandang rendah keadaan ekonomi serta negara yang paling kritikal ketika ini.

Lima hari? For real?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157991630585952/

Leave a Reply