News_archive

Ke Arah Sistem Pengangkutan Awam Bertaraf Dunia

By Monday March 28th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Kementerian Pengangkutan komited untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam kepada bertaraf dunia terutama di Lembah Klang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Dalam Laporan Tahunan GTP 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, penyempurnaan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan telah menjadi salah satu antara langkah untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar.

Terminal bernilai RM570 juta ini dilengkapi dengan kemudahan canggih dan dibuka pada awam Januari lalu di mana perkhidmatan bas ekspres ke arah selatan yang sebelum ini beroperasi di Puduraya dipindahkan ke terminal tersebut, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan lain-lain agensi telah bekerjasama dengan pihak yang berkenaan bagi memastikan semua operator bas berpindah ke terminal baru itu 1 Mac 2011.

Kong berkata kejayaan lain yang dicapai ialah pengenalan lima perkhidmatan Bus Expressway Transit (BET) dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan perjalanan dengan penggunaan lebuh raya yang tidak digunakan sepenuhnya.

BET 1 – Kota Damansara-Pasar Seni.

BET 2 – Bandar Baru Sungai Long-Pasar Seni.

BET 3 – Subang Mewah-Pasar Seni.

BET 4 – Taman Seri Muda-Pasar Seni.

Kesemua Bet ini dikendalikan oleh RapidKL.

BET 5 – Rawang-Pasar Seni pula dikendalikan oleh Setara Jaya.

Beliau juga berkata tahun lalu, tambahan 2.4 juta pengguna menggunakan LRT yang sehingga kini 22 set tren yang mempunyai empat gerabak bagi satu tren telah beroperasi.

Ia menunjukkan pertambahan 6.8 peratus dalam penggunan harian dan pertambahan 31.6 peratus di waktu puncak tahun lalu, kata Kong.

Di bawah inisiatif NKRA, 634 hentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang telah dinaik taraf pada 2010.

“Selebih 166 lagi hentian bas daripada sasaran 800 tahun lalu telah siap bersama tambahan 440 hentian yang dinaik taraf,” kata Kong.

Sumber : Bernama

Leave a Reply