News_archive

Karnival Transformasi Pengurusan Islam Di PWTC 30 Sept-2 Okt

By Tuesday September 27th, 2011 No Comments

NILAI, 27 Sept (Bernama) — Pejabat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri akan menganjurkan Karnival Transformasi Pengurusan Islam Di Malaysia di PWTC di Kuala Lumpur selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata program itu bertujuan menjelaskan kepada masyarakat berhubung dasar kerajaan dalam usaha meninggikan syiar Islam di Malaysia serta mengeratkan lagi perpaduan masyarakat berbilang kaum.

“Program ini julung kali diadakan di Malaysia kerana kita ingin membuat sedikit kelainan dan mahu melihat penglibatan semua peringkat masyarakat untuk mengetahui perkembangan Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di sini Selasa.

Abdullah berkata karnival itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pameran dan seminar.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka merasmikan karnival itu pada Jumaat.

Sumber : Bernama

Leave a Reply