BlogYouth

Karnival GeNexter 2014

By Sunday November 9th, 2014 No Comments

Gembira dapat meluangkan pagi Ahad bersama-sama generasi muda kini – atau lebih mesra digelar Generasi Y – di Dataran Putrajaya untuk Karnival GeNexter 2014. Karnival anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) ini adalah satu usaha yang amat baik dalam merapatkan lagi hubungan antara pemimpin kerajaan dan generasi muda masa kini.

Idea penganjuran karnival ini adalah formula berkesan bagi generasi muda bertemu dan berkongsi pendapat serta idea mereka bersama kepimpinan negara. Lebih menarik lagi, melalui perkongsian pelbagai idea di dalam karnival tahunan ini, konsep 1Malaysia dapat disemai dengan lebih berkesan.

Pada kesempatan sama, saya turut memanggil kepada Generasi Y supaya bersikap lebih proaktif, berdaya saing dan tidak gentar menghadapi rintangan dalam usaha mengejar cita-cita dan aspirasi. Generasi Y perlu menjadi generasi yang akan melangsungkan kesinambungan kejayaan bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Insya-Allah, saya percaya Malaysia kelak akan terus harmoni dan mencapai lebih banyak kejayaan di bawah pimpinan Generasi Y di masa hadapan.

NR.COM 1 (1)
NR.COM 2 (1)
NR.COM 3

Leave a Reply