Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kami ikat perut, kamu ikat perut, Semua ikat perut! Kecuali bank dan... - Najib Razak

Kami ikat perut, kamu ikat perut, Semua ikat perut! Kecuali bank dan…

By Saturday June 5th, 2021 No Comments

Kami ikat perut, kamu ikat perut, Semua ikat perut!

Kecuali bank dan kilang.

Bukan saya tak pernah beri amaran dari permulaan PKP dan sebelum darurat bermula.

Berulang kali saya dah kata. Sehingga saya sendiri bosan tapi terpaksa ulang sebab kesannya amat besar pada Rakyat dan kerajaan.

Tak perlu darurat sebab pelabur tak datang dan hasil kerajaan akan jatuh. PKP 1.0 tahun 2020 adalah bukti bahawa kerajaan sudah cukup kuasa untuk membendung Covid.

“11 Jan 2021: Tidak perlu darurat, PKP 2.0 sudah memadai: Najib”
https://www.sinarharian.com.my/article/118559/BERITA/Nasional/Tidak-perlu-darurat-PKP-20-sudah-memadai-Najib

Buat paling ketat dan singkat untuk beri impak maksimum supaya PKP tidak berpanjangan dan Rakyat tidak sia-siakan pengorbanan dan kerajaan boleh mengelak dari berulang kali memberi pakej rangsangan setiap kali PKP dibuat.

“24 Januari 2021: Buatlah β€˜all-out’ sekarang, bukan PKP 3.0, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/24/buatlah-all-out-sekarang-bukan-pkp-3-0-kata-najib/

Tapi kerajaan PN tak hirau. Mungkin sebab mereka lebih gemar dengan pendekatan Tun Mahathir untuk Rakyat ikat perut.

Selepas kerajaan belanja RM600 bilion dan selepas PKP 1.0, PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan Total Lockdown 1.0, inilah kesudahannya.

Kes Covid masih amat tinggi. Rekod kematian hampir setiap hari. Ekonomi masih parah. Kerajaan dah nak bankrap. Rakyat ikat perut.

Negara-negara lain pula semakin memulih. Kita ketinggalan lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157933374895952/

Leave a Reply