Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kalau tak tipu, Lid ini tak bahagia. Dah banyak kali dijelaskan bahawa Riza... - Najib Razak

Kalau tak tipu, Lid ini tak bahagia. Dah banyak kali dijelaskan bahawa Riza…

By Friday June 12th, 2020 No Comments

Kalau tak tipu, Lid ini tak bahagia.

Dah banyak kali dijelaskan bahawa Riza bayar balik US$40 juta LEBIH DARIPADA US$248 juta yang dia terima sebagai dana pelaburan untuk projek-projek filem dia.

– US$107 juta sebagai penyelesaian saman sivil di Malaysia
– US$60 juta sebagai penyelesaian saman sivil di USA melalui DOJ.
– U$80 juta yang sudahpun dibayar balik kepada penghantar SEBELUM sebarang saman sivil difailkan ke atas RIza.

Riza terima dana sebagai pelaburan siap dengan rekod perjanjian dan rekod penuh transaksi bayaran balik faedah dan pokok pelaburan kerana projek-projek filem dia berjaya.

Semua rekod dan bukti ada. Sebab itu, Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram juga mempersetujui untuk menyelesaikan kes.

Bayaran balik dan pengakuan bahawa kerajaan Abu Dhabi yang melabur juga disebut dalam rakaman perbualan telefon tahun 2016 antara saya dengan Putera Mahkota yang didedahkan SPRM.

Sebab itu, kes ini tak pernah dibicara sehari pun di mahkamah Malaysia walaupun Riza dah disaman setahun.

Sebab itu juga Riza tak didakwa bawah jenayah kanun keseksaan atau Akta SPRM di USA ataupun di Malaysia.

Kes Riza bukan digugur tetapi diselesaikan melalui perjanjian – langsung tak serupa dengan kes Guan Eng yang digugurkan terus walaupun perbicaraan di Mahkamah sudah bermula lebih sebulan dengan lebih 10 saksi memberi kenyataan.

Lid nak hasut Rakyat pun perlu jujur. Jangan asyik nak tipu rakyat.

Baca ini Lid: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/30/riza-aziz-bayar-lebih-as40-juta-sebagai-sebahagian-penyelesaian-kes-kata-shafee/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157117503655952/

Leave a Reply