News_archive

Kakitangan Felda terikat peraturan

By Tuesday June 16th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR 17 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap kakitangan dan pegawai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tertakluk kepada akta dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan dalam setiap pelaksanaan tugas mereka.

Namun begitu, kata Perdana Menteri, pihak pengurusan Felda juga mempunyai peraturan sendiri sebagai tambahan kepada peraturan dan akta sedia ada untuk panduan apabila berurusan dengan kakitangan tanah rancangan itu.

“Felda yang merupakan sebuah badan berkanun yang sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan kerajaan, sedia mendengar aduan atau cadangan bagi memperbaiki prosedur atau pelaksanaan dasar tertentu yang berkaitan dengan warga Felda,” jelasnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply