Kaki bongkar juga, Syed Saddiq ni setelah dia “move on” dari PM7. Minggu…

By Monday August 31st, 2020 No Comments

Kaki bongkar juga, Syed Saddiq ni setelah dia “move on” dari PM7.

Minggu lepas dia bongkar bahawa ianya memang rancangan jahat PH dari awal lagi untuk mansuh dan turunkan bantuan kepada Rakyat pada dua tahun pertama PH memerintah supaya ianya dinaikkan semula pada 3 tahun kemudiannya sebelum PRU15.

Ini strategi PH dulu untuk memburukkan kerajaan BN kononnya negara dah bankrap bawah BN dan Rakyat perlu ikat perut.

Lalu mereka akan umum PH telah “berjaya selamatkan” negara semasa mereka naikkan bantuan kemudian.

Rakyat sengaja dimangsakan dan disusahkan selama 2 tahun hanya kerana permainan politik PH:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157309952080952

Hari ini, Syed Saddiq bongkar pula bahawa parti Bersatu PM7 banyak mengamalkan politik wang dengan kroni-kroni korporat.

“Ada struktur penama (nominee), ada struktur kontrak terancang dan banyak lagi..” kata Syed Saddiq
https://www.malaysiakini.com/news/540795

Aiks… parti PM7 banyak mengamalkan politik wang dan kroni-kroni korporat?

“Cash is king” ke, PM7?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157324461690952/

Leave a Reply