Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kajian menerusi internet dapati rakyat yakin konsep diperkenal Najib diterima - Najib Razak
News_archive

Kajian menerusi internet dapati rakyat yakin konsep diperkenal Najib diterima

By Saturday May 16th, 2009 No Comments

Kajian menerusi internet dapati rakyat yakin konsep diperkenal Najib diterima

KUALA LUMPUR: Seramai 61 peratus daripada 4,837 rakyat negara ini yang berusia 15 hingga 40 tahun menyokong gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kajian menerusi internet itu mendapati hanya enam peratus menolaknya, kata penasihat Kajian 1Malaysia, Prof Dr Shamsuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata, kajian dikendali Pusat Kajian Sains Sosial (SSRC) bersama Youthsay pada April lalu, mendapati 17 peratus dari responden tidak begitu pasti dengan konsep menampilkan lapan nilai utama itu, manakala baki 16 peratus tidak mengetahui langsung mengenainya.

“Sebanyak 65 peratus responden menyokong konsep ini adalah berumur 30 tahun ke atas, 62 peratus berumur 18 hingga 27 tahun, manakala 57 peratus lagi responden berumur 17 tahun ke bawah,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

Shamsuddin berkata, kajian itu menunjukkan 85 peratus responden terutamanya golongan remaja mahukan lebih banyak maklumat mengenai 1Malaysia bagi membolehkan mereka memahami dengan mendalam semua nilai yang ada di dalamnya iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendi-dikan dan integriti.
“Penekanan kepada teras 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan itu sendiri adalah perlu, lebih lagi rakyat kini dalam fasa menilai arah tujuan kepemimpinan Najib,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply