Kagum dengan propaganda PN ini yang memperlekehkan tuntutan Rakyat bagi…

By Thursday June 24th, 2021 No Comments

Kagum dengan propaganda PN ini yang memperlekehkan tuntutan Rakyat bagi moratorium pinjaman dan diskaun elektrik.

Pada bulan Mei, Rakyat dikurung sejak 12hb bila PKP 3.0 seluruh negara diumum.

Setelah berkurung lebih separuh bulan bil elektrik mencanak naik.

Bulan Jun pula, Rakyat dikurung seluruh bulan.

Mahu bil api akhir bulan yang akan sampai dalam masa terdekat untuk tidak melonjak lagi tinggi berbanding bulan Mei?

Kenapa kerajaan tak faham logik mudah ini dan tidak mahu mendengar rayuan demi rayuan dari Rakyat yang tersempit?

Jika bil api tiba-tiba naik melambung semasa PKP maksudnya mereka terpaksa duduk dalam rumah secara berpanjangan.

Jika terpaksa duduk dalam rumah, maksudnya mereka tak dapat keluar untuk kerja atau berniaga.

Maksudnya, beban bil elektrik naik pada ketika pendapatan sudah terjejas.

Sekiranya pendapatan kurang atau tiada, bagaimana pula bil elektrik yang naik mencanak tidak merupakan satu beban yang lagi besar?

Ya, saya kemurungan. Sebab itu harap kerajaan PN akan serta-merta memberi moratorium automatik tanpa faedah dan kembalikan diskaun elektrik serta merta bagi saya dan seluruh Rakyat Malaysia yang turut kemurungan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157970802430952/

Leave a Reply