Kadar pengangguran melonjak naik ke 5% untuk bulan April 2020 akibat krisis…

By Monday June 15th, 2020 No Comments

Kadar pengangguran melonjak naik ke 5% untuk bulan April 2020 akibat krisis Covid dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – iaitu paling tinggi sejak tahun 1991.

Kadarnya lebih tinggi berbanding tahun 2008-2009 semasa Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi Global.

Namun, apa yang berlaku dalam Malaysia pada bulan April juga dialami oleh negara-negara lain dalam dunia.

Misalnya, kadar pengangguran di Amerika Syarikat melonjak naik dari 3.5% pada Feb 2020 dan 4.4% pada Mac 2020 ke 14.7% pada bulan April 2020.

Kita doa bersama agar kadar pengangguran Malaysia akan turun semula selepas PKP dilonggarkan.

Di Amerika Syarikat juga, kadar pengangguran turun sedikit dari 14.7% pada bulan April ke 13.3% untuk bulan Mei 2020 selepas negara mereka mula longgarkan perintah berkurung mereka.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157125474560952/

Leave a Reply