Kadang kala makan nasi bubur saja. Ada kalanya berlauk sayur biasa atau…

By Monday February 22nd, 2021 No Comments

Kadang kala makan nasi bubur saja.

Ada kalanya berlauk sayur biasa atau dengan ikan bilis saja.

Amat sedih membaca kisah Lans Koperal Siti Azizon Mohamad, seorang anggota Tentera kita.

Beliau juga ibu tunggal yang menjaga anak-anak kecil sendiri dan anak-anak saudara sejak kematian arwah adindanya.

Salah seorang anaknya juga OKU.

Pendapatan amat tidak mencukupi untuk menyara diri dan anak-anak kecil.

Lebih-lebih lagi terjejas akibat Covid-19.

Saya cuba bantu sedikit hari ini.

Sama-sama kita doakan agar saudari dimurahkan rezeki dan sekeluarga dilindungi Allah SWT.

Gais.

Ada masa bertanya khabar kepada saudara mara, kawan-kawan, jiran-jiran.

Mungkin ada kenalan kita yang perlukan bantuan. Covid-19 telah membawa impak besar kepada ramai orang dan ekonomi kita amat teruk beberapa tahun ini.

Sama-sama kita bantu membantu lah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157719655495952/

Leave a Reply