Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Jumlah 3.4 juta pekerjaan ini bukan satu angka yang rendah. Malah ianya... - Najib Razak

Jumlah 3.4 juta pekerjaan ini bukan satu angka yang rendah. Malah ianya…

By Monday November 16th, 2020 No Comments

Jumlah 3.4 juta pekerjaan ini bukan satu angka yang rendah. Malah ianya merupakan 23.4% daripada keseluruhan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Saya petik dari ucapan bajet 2021 saya minggu lepas. Apa pendapat kawan-kawan?

—-
Umum mengetahui bahawa sektor pelancongan dan penerbangan merupakan sektor yang paling terkesan dek kerana pandemik Covid19 dan dijangka menjadi sektor yang paling lambat dan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan.

Sektor ini amat penting kerana dianggarkan sebanyak 3 juta rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menerima kesan dalam sektor pelancongan.

Kebimbangan saya ialah bantuan-bantuan sedia ada seperti “soft loan” dan subsidi gaji pekerja bagi sektor ini hanya merupakan bantuan kepada “supply side” untuk menampung sebahagian kos operasi pemain-pemain industri.

Ini merupakan satu risiko kepada pemain industri yang terjejas kerana pertambahan hutang dan perlu menanggung gaji pekerja pada ketika permintaan dan pendapatan mereka terjejas secara berterusan.

Ini sepertimana yang pernah dinyatakan oleh YAB Pagoh bahawa industri ini memerlukan sehingga 4 tahun untuk kembali pulih.

Berapa lama pemain industri mampu bertahan jika mereka terus meminjam dan terus membayar sebahagian besar gaji untuk pekerja pada tempoh 4 tahun yang akan datang?

Apa yang diperlukan ialah bantuan untuk meningkatkan permintaan dalam sektor ini seperti memberi baucer pelancongan kepada rakyat untuk menggalakkan mereka melancong secara domestik.

Baucer ini boleh digunakan sebagai wang di mana-mana tempat pelancongan seperti hotel dengan kadar nisbah satu kepada dua (1:2) di mana kerajaan akan memberi subsidi RM1 untuk setiap RM3 yang dibelanjakan oleh pelancong tempatan.

Selain program subsidi gaji khusus untuk industri pelancongan, kerajaan perlu memberi pilihan kepada pekerja industri untuk menjalani ‘upskill’ atau ‘reskill’ dengan skim pinjaman ala PTPTN.

Bank dengan sokongan kerajaan boleh menyokong usaha ini yang turut akan menampung kos sara hidup pekerja sepanjang mereka menjalani kursus sementara menunggu industri pelancongan kembali pulih.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157494136220952/

Leave a Reply