Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Jika tak puas hati saya kritik kerajaan PN pun, tak perlulah nak fitnah... - Najib Razak

Jika tak puas hati saya kritik kerajaan PN pun, tak perlulah nak fitnah…

By Monday February 8th, 2021 No Comments

Jika tak puas hati saya kritik kerajaan PN pun, tak perlulah nak fitnah saya.

Lagi nak salahkan saya sebab Covid tidak terkawal sekarang?

1. Najib yg paling awal suruh sekat rentas negeri pada awal Oktober lagi masa gelombang ketiga baru mula tercetus agar ianya dapat dihalang pada peringkat awal dan PKP boleh dielakkan. Saya tak pernah bantah sekat rentas negeri.

“5 Okt 2020: Najib cadang sekatan rentas negeri bendung Covid-19
https://malaysiagazette.com/2020/10/05/najib-cadang-sekatan-rentas-negeri-bendung-covid-19/

Pada masa yang sama saya suruh sekat rentas negeri, PM8 kata ini:

“3 Okt 2020: Tenang…keadaan masih terkawal, kata PM”
https://malaysiagazette.com/2020/10/03/tenang-keadaan-masih-terkawal-kata-pm/

Lalu, sekatan rentas negeri hanya dilaksanakan pada 7 Nov 2020 – iaitu lebih sebulan selepas saranan saya dan pada ketika Covid sudah merebak ke seluruh Malaysia.

2. Najib tak pernah bantah PKPB dilaksanakan malah pertahankan perlaksanaan PKPB pada bulan Oktober (siap dengan graf kenapa perlu dilaksanakan) apabila PH bantah.

Ini buktinya juga: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157418875840952

3. Najib juga tak pernah suruh sekatan rentas negeri ditarik balik pada 7 Disember. Malah saya kata tindakan menarik balik sekatan rentas negeri pada ketika Covid sedang mencanak naik adalah pengakuan kerajaan sudah gagal kawal Covid.

Ini lagi bukti:

‘7 Disember 2020: Tak lanjut PKPB pengakuan kerajaan tak mampu lagi bendung penularan Covid-19’
https://www.malaysiakini.com/news/554101

Ya, dari mula-mula PKP 2.0 lagi saya memang mahu kerajaan melaksanakan PKP dengan amat ketat supaya keadaan Covid dapat dikawal dengan paling berkesan dan paling singkat agar PKP tidak perlu dilanjutkan berkali-kali sebab ianya akan memanjangkan kesengsaraan Rakyat.

Dan ya, memang saya suruh tutup semua kilang-kilang dan tapak pembinaan dalam 2 minggu PKP 2.0 itu sebab saya kata ianya langsung tidak masuk akal bahawa sektor-sektor yang menyumbang bahagian terbesar kepada gelombang ketiga juga adalah sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi dalam PKP yang dilaksanakan untuk bendung gelombang ketiga.

Lalu apa yang terjadi selepas itu?

PKP 2.0 telah dilanjutkan 2 kali. Hampir past ianya akan dilanjutkan sekali lagi.

Kilang dan tapak pembinaan masih menyumbang bahagian terbesar kluster-kluster baru dikesan setiap hari sepanjang tempoh PKP 2.0

Setelah 27 hari PKP, kes Covid masih tinggi dengan 3,731 kes baru dan kes aktif sebanyak 51,241.

Malah lebih tinggi berbanding hari pertama PKP 2.0 (13 Jan: 2,985 kes baru. 32,337 kes aktif).

Dan akhirnya rekod Covid Malaysia menjadi antara paling teruk dalam ASEAN (paling teruk dari segi jumlah penduduk).

Dan Malaysia merupakan juara dunia Covid untuk tempoh Oktober hingga sekarang dengan kadar kenaikan paling laju dalam dunia pada ketika jumlah kes baru dunia semakin turun.

“6 Feb 2020: Pandemik makin reda di seluruh dunia, tetapi tular makin pantas di Malaysia”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/02/06/pandemik-makin-reda-di-seluruh-dunia-tetapi-tular-makin-pantas-di-malaysia/

Betul, saya bukan bijak sangat. Tapi saya tak bodoh, saya tak fitnah dan saya bukan pengerusi MKN yang tanggungjawabnya untuk melawan Covid.

Sebab itu, jangan fitnah dan cuba salahkan saya setelah keadaan Covid telah menjadi teruk ketika ini.
https://www.facebook.com/1333302954/posts/10224932103993187/?d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157687608465952/

Leave a Reply